Kerja VS PTPTN


Adakah suatu pekerjaan itu penentu kehidupan. Sungguh mencabar menjadi seorang graduan dalam keadaan ekonomi negara yang xstabil ini. Ditambah pula dengan hutang PTPTN, sungguh mengecewakan apalah nasib diri ku ini..huhuhuhu. Ntah berapa agaknya jumlah hutang PTPTN sekarang ni. Surat penyata yang terakhir diterima pada jun 2009 berjumlah rm 24 ribu ++ dh lupa anggaran. Pelik tapi benar itulah yang dinyatakan di dalam penyata PTPTN bertarikh jun 2009. Xtau lh kenapa daripada jumlah keseluruhan pinjaman hanya rm 19 ribu dan ditambah dengan bunga ++ menjadi rm 21 ribu tapi hbis jer pengajian ada plak caj tambahan rm 3450 ntah lh. Keciwanya hati ini bertambah dengan perasaan yang runsing memikirkan masa hadapan. Bilalah agaknya nk bayar pinjaman PTPTN ni?

Alangkah bagusnya klau kos pentadbiran tidak dikenakan dalam pembayaran PTPTN. Mesti ramai peminjam yang akan membayar hutang. Mungkin lambat proses pembayaran tapi hutang tersebut tetap akan dibayar. Saya sendiri akan membayarnya kerana memikirkan tanggungjawab sebagai seorang peminjam. Tetapi disebabkan oleh kos pentadbiran tersebut terasa macam x berbaloi sahaja membayar. Bayangkanlah setiap bulan kos pentadbiran dianggarkan dalam rm 50 ataupun lebih sama ada bayar ataupun tidak. Jika pembayaran kurang daripada yang ditetapkan juga akan dikenakan kos pentadbiran. Bila agaknya akan habis hutang PTPTN ni aduhai...

Macamna agaknya cara-cara untuk menyelesaikan masalah ni? Mungkin mengharapkan duit terpijak atau pun durian runtuh agaknya hahahahaha. Duit Oooo... duit di manakah engkau. Nk duit bayar PTPTN ni ..huhuhuhu

No comments:

Post a Comment