DTM 150

7 Ogos 2011, motor DTM150 dah sampai tauke kedai suruh amik tadi xsabar woo member berangin jer sebab mtor dia xsmpai2 lagi hahaha padahal dia yang book dulu.Rasa kekok ckit ylh motor ni tinggi kena menjungkit ckit plak kaki xsmpai dan guna clutch sebelum ni xprnh bawak motor cluth tapi lepas cuba ok lah cma risau jer klau2 cluth dgn gear dia rosak ylh org baru nk belajar katakan huhuhuhuhu. Hmmm..pagi2 kalau nak start enjin tu mcm susah ckit sbb sjuk kot tapi akan cuba lagi tgok apa masalahnya mungkin minyak xsmpai dkt karburator lg ke apa ke.Setakat 1 minggu ni bawak xd masalah cuma bunyi tepet je yg agak kuat ckit tapi dah tnya Otai2 DTM dorg ckp bunyi tu biasa xd masalah enjin cuma dengungan manja jer yang ibaratkan irama mendodoikan hati sang penunggang hahahaha cehhhh..

Hmm meter motor baru 250km almaklum xberani lagi bawak pg kj tapi pagi ni tadi beranikan diri bawak pg kj lenjan ler sampai 110km/j hahaha rasa slow tu yang tarik tu blum pantang lg agak risau sedikit takut piston calar ke apa ke huhuhuhu..tapi apa kn daya rasa slow sblum ni lenjan kereta sampai 140km/j ni bawak mtor slow plak huhuhuhuhu terasa mcm lambat jer smpai.Xberani nak ubah apa2 biar hbis waranty dlu baru tukar ekzos, karburator, cdi dan sebagainya ylh nanti klau dah bikin tiba2 ada masalah enjin plak kan susah dia xcover.

Sehingga hari ni dah 3orang member yang ada DTM ni 2orang lagi masih menunggu loan xlepas2 huhuhuhuhu.Biar motor standart dlu lah malas nak cabut sticker dia lagipun bajet xd nak beli sticker lain hahaha dan semestinya xjumpa sticker yang berkenan dihati huhuhuhu.Target utama nak beli jacket dan baju hujan.Haritu nampak member punya jacket macam smart jer MHR siapa ada protector lagi tu tanya harga RM 150 kira ok lah tu cuma xpg survey kedai jer lagi malas dan xd masa hahaha nanti ajak ler member pg survey naik DTM dapat bonus ni blh pg beli huhuhuhuhu.

Hmmm..terasa jugak nak plan pg jalan2 konvoi naik DTM ni tapi xplan lg dan member yg ada mtor baru 3 org mcm xbest plak tunggu yg lain dapat motor baru plan ler nak pg tasik kenyir ke hello member2 DTM negeri lain ke dan sebagainya huhuhuhuhu.

MOTARD















Hmm.. dah mula survey2 motor ni mmg hajat hati nak beli motorsikal sebab xtahan dengan tol dan minyak dan menghadkan kepuasan untuk berbelanja huhuhu. Tapi penat fikir pg dari satu kedai motor ke kedai motor yang lain xtau nak beli motor brand dan jenis yang mana tapi yang pasti mengikut kemampuan xd lah mahal sangat dan bawah 250 cc sebab ada lesen B2 jer malas nak upgrade B. So dah mula melihat2 3model motor pilihan iaitu Yamaha 135 LC, KLX 150 dan DTM 150. Hmm puas fkir xtau mana satu yang nak rembat. Member ada ajak untuk angkat DTM150 sebab dia pun nak angkat motor tu dan kalau ramai angkat boleh buat geng tapi tu lah masih lagi memikirkan adakah motor ini berbaloi untuk dimiliki. Haritu dah test naik dan dgr bunyi enjin ok jgklah tapi masih lagi ragu2 tunggu dan lihat sajalah nanti mungkin kalau xjadi masalah bulan Ogos ni angkat sebiji sekali dengan member2 boleh pakai masa raya huhuhu.

EXORA DAKI GENTING HIGHLAND

Hmm..haritu pg lah bercuti dengan family di Genting Highland hasrat hati nak lah mencuba kegagahan kereta Exora ni ylh xprnah daki bukit tinggi lagi dan promoter kereta tu ckp blh jer exora naik genting xd masalah ntah sejauh mana kebenaran xtau lah. Hmm kecewanya. rasa hati....sudah puas tekan minyak tukar lower gear xjln jgk aduhai meter 40km/j puas kaki ni menekan minyak sakit jgklah tapi kereta xjgk laju2 hangin jerk amik kiri jer bagi laluan kepada kereta lain potong.Mula2 kereta wish potong kira ok lah..pastu kereta wira....proton saga dan seterusnya kancil aduhai kenapalah blh kalah dengan kancil plak ni. Sapalah yang ckp exora ni daki genting ok jer tp cam hampeh jerk, xd pikap langsung masa daki bukit ntahlah terasa kecewa plak ni.Cuba mencari penyelesaian nantilah hhhhhhmmmmm ntah2 blh ker proton servis selesaikan masalah ni ntahlah????

PROTON EXORA


Kereta pilihan huhuhuhuhu telah tiba waktunya loan dah lulus dan kereta yang diorder pun dah sampai apa lagi tunggu huhuhuhuhu terus pg amik dekat proton Tampin sebab dekat situ jer dapat bulan2 murah dan pinjaman 2.8%. Xlama pun tuggu 2minggu daripada tarikh loan lulus punyalah syok kereta baru katakan belek punya belek dengan teliti siap tgok tarikh kereta dibuat lagi tu 23 March 2011.. agaknya huhuhuhu sebab nampak spare part dia tarikh mcmtu huhuhu. Ada calar cikit plak dkt bumper depan tu aduhai mata terbeliak besar huhuhuh. Dorg kasi polish skit oklah xnampak sgt hati ni penyabar kalau ikutkan xmau jer amik kereta masa tu hahahaha.

Apa lagi hati ni xsabar nak menduga sejauh manalah kehebatan kereta exora ni ylh banyak jugak dengar rungutan orang yang kereta auto exora ni bunyi mengaum lebih pastu xd power plak tu..hmmm no komen sebab xd kesempatan nk bawak dan masa tu xtest drive pun cuma nmpak ada pelanggan yang test drive pastu dia puas hati huhuhu. So pg lah cameron dengan family penuh satu kereta huhuhu masa dkt highway xdlh bwk laju sgt dalam 110KM/J jer cuba jgk tekan lebih ckit bunyi mengaum lah tapi xmau dah pg huhuhuhu lagipun tengok meter dia sampai 160 jer pelik huhuhhu. Ikut jalan tapah so naik lah mengelilingi bukit huhuhuhu tinggi tapi jalan dia pendek2 dan 2lane jer so xdpt bawak lajulah dlm 40KM/J jer cuba ngeri ckitlah ada gaung huhuhu xpandang dah kiri masa tu depan jer sekali2la bertembung lori boleh buat tergamamlah..huhuhuhu. Prestasi kereta ok puas hatilah rasanya cuma RPM tinggi baru dia tukar gear so tu yang bunyi mengaum knapa ntah.

Hmmm..puas jalan2 dkt cameron singgah jap dkt pasar tepi jalan tu parking bukan maincermat lagi tepi jalan betul2 xmakan line pun selari dengan kereta2 yang lain puas jgaklah 2-3 kali step nak pastikan betul2 kereta parking ok almaklum baru lagi mencuba kereta ni huhhu. Hmmm tengah sedap shopping nk balik ke kereta aduhai sapa yang langgar ni hati dah panas kemek buntut kereta hmmm...tgok kiri kanan xd plak kereta yang kemek sama kesan dan xd plak yang mengaku langgar. Memang sah yang langgar tu kereta jeep sayur dan strawbery sebab dari kesan cat yang melekat dkt kereta tu warna hijau menyumpah2 jgklah hati ni trus balik melaka xd singgah mana2 dah..Ingatkan nk claim insuran tapi mmber cakap xpayahlah buat rugi jer ylh kalau betulkan pun xsampai rm200 so suh dia tlong btulkan upah ketuk dan cat rm170 nasib baik murah lega hati ni ingatkan dlm rm500+ huhuhuh

KERETA MPV


























Malam asik termimpi-mimpi, siang pulak asik terbayang-bayang MPV ooo MPV..hahahaha. Hmmm..sebut pasal kereta MPV mana satu yang menjadi pilihan anda? Bagi saya ada tiga kereta pilihan iaitu PROTON EXORA, PERODUA ALZA dan CHERY EASTER. Kereta ini bukanlah yang terbaik tapi ok lah kerana memandangkan kepada kemampuan dan kapasiti penumpang disamping beberapa kriteria yang lain. Yalahkan poketnya pun kecik kenalah berpada-pada kalau ikutkan kepada kemahuan nanti takut bulan-bulan mengikat perut pula huhuhuhu. Belek punya belek pusing punya pusing dari melaka ke shah alam pastu pusing lagi masuk dalam luar kereta semua belek huhuhuhu dan dapatlah keputusannya.

CHERY EASTER
Kereta MPV jenis ni dah lama dah diperkenalkan di Malaysia kalau xsilap dari tahun 2008 lagilah dengan harga yang murah dalam RM 48 ribu enjin mitsubishi 1.6 dan kapisiti penumpang 8orang berbanding dengan kereta lain. Hmmm memang menarik minat ylh masa tu baru nak berjinak2 untuk memiliki kereta.Tapi masa tu terdengar plak promoter tu menjawab rugutan telefon daripada pelanggan kerana masalah gear dan beberapa masalah teknikal yang lain. So tanyalah sikit2 dekat brader tu apa masalah kereta ni dia cakap xd masalah sebab kereta baru baik lagi tapi kena bawak dengan berhati2lah jgnlah masuk gear kasar sgt tu yang gear boleh rosak...Hmmm pliknya macamnya nak berhati2 plak ni hhuhuhu anggukkan jer masa tu hapah pun xtau pasal kereta baru jer dapat lesen ler katakan huhuhuhu.
Sekarang ni dorang memperkenalkan semula kereta ni dengan design yang lebih sporty harga dalam RM 65 ribu dan rsa2nya dan tambah baik kot semua masalah yang lama2 tu sebab xtnya plak promoter kereta tu psal spek kereta ni huhuhuhu cuma tengok2 jer dalam dan luar kereta huhuhuhu..Kalau tengok daripada design memang ok sebab pilihan untuk leather seat pun ada lagipun enjin dia mitsubishi 1.6. Tapi tulahkn hati ni xberapa percaya dengan mutu keluaran XY ni walaupun dealer kereta tu cakap keluaran tempatan tapi xberapa terkenalpun kenapa eee.. disamping pusat servis yang terhad telah membantutkan hati ini untuk dipikat huhuhu. Nak jadikan cerita adalah sekali tu pg pasar pagi Shah Alam belek punya belek nampaklah pintu kereta tu mcm xrapat jer bila tutup dan senget ckit aduhai dah mula curiga huhuhuhuhu. Walaupun kereta display xkan teruk mcmtu sekali. Lpas tu dah xpandang chery dan pandang kereta exora dan alza jer huhuhu..

PERODUA ALZA
Kalau tengok dari segi design memang menarik kereta ni dengan enjin 1.5 dan leather seat dia fuhhh dah test naik xmau turun dah huhhuhuhu harga pun ok fullset RM65 ribu. Tapi tulah kn cuba dok seat yang paling belakang sekali nk masuk bukan main seksanya pastu kalau duduk plak terasa xselesa yelah badan ni dah lah panjangkan huhuhu. So hold dulu perasaan ni cuba tengok exora sat kalau lether seat dia boleh kalahkan alza dan interior design dia menarik mmg boleh angkat huhuhuhu.

PROTON EXORA
Hmmm last pilihan kereta MPV mmg habis belek punya sampai satu melaka pusing carik proton dealer yang display model exora. Hbis jugaklah 5 kedai pg tgok pastu pg shoping kat tesco nmpak ada dorg display pun tgok jugak even ada kereta exora lalu dan parking sebelah pun sempat tinjau huhuhuhu. Tengok dari segi harga RM75 ribu dengan enjin 1.6 rsa2 oklah kot xamik port sgt ylh alza 1.5 jer huhuhu.So tgok luar dalam dari segi interior design ok lah leather seat dia pun ok tapi xdpt tandingi alza huhuhuhu. Test dok seat yang belakang skli ok senang masuk sebb kerusi dia blh lipat dan ada ruang kaki yang luas sedikit berbanding alza.Hmmm nak jugak test drive tapi tulah xberkesempatan almaklum malu2 dan xyakin bawak kereta orang takut eksiden ke apa huhuhuhu. Hmmm dah decide mau angkat exora sebab memikirkan dari segi keluarga yang ramai hanya exora yang mampu untuk memberi keselesaan huhuhu...hanya tunggu dan lihat waktu keramat untuk memiliki exora putih ku huhuhuhu...

TAHUN BARU 2011

Tahun baru, alaf baru, azam baru, cita-cita baru....Dah lama xbukak blog ni dan lg lah lama xtulis sebarang info sekarang ni yalah semenjak dah xjadi Fasilitator Schoolnet makin jaranglah memanjakan diri dengan blog memandangkan semakin sibuk dengan tugasan harian. Alhamdulillah hidup sekarang semakin meyakinkan..kerana telah mendapat pekerjaan yang tetap disamping segalanya berjalan dengan lancar. Tidak sia-sia memilih PTD walaupun pada masa itu tidak yakin dengan kemampuan diri dan tugasan harian yang akan ditempuhi. Tapi sehingga kini masih lagi boleh tempuhi semuanya walaupun ada beberapa halangan yang terasa mneyeksakan huhuhuhuhu. Rasa simpati kepada member-member FAsilitator Schoolnet kerana khidmat FS telah ditamatkan pada Disember 2010 memandangkan ianya adalah skim khidmat singkat dan kerajaan tiada peruntukan untuk menyambung semula skim tersebut. Hmmm ada jugak roger-roger mmber FS alhamdulillah sekarang ni dorang dah dapat kj lain walaupun frust menunggu dan mengharap...semoga member-member FS yang lain pun tidak putus harapan untuk mencari peluang pekerjaan.